Cikgu Siti Pakar BM Kota Bharu
 
Cikgu Siti BM Kota Bharu
Tutor No.   
78944
State  
Kelantan
Location  
Sekitar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Peringat, Melor, sekitar Bachok.
Tuition Level  
Std. 1 - 6, Form 1 - 3, Form 4 - 5, Form 6 / Pre-U
Tuition Subjects  
Darjah 1 hingga Tingkatan 5, UPSR, PT3, SPM (Bahasa Melayu) Tingakatan 6 /STPM (Bahasa Melayu, Kesusteraan, Sejarah)
Email Address  
Telephone No.  
01157676867
Posting Date  
Saturday, October 31, 2020
Rating  
Nama : Cikgu Siti
Umur : 30 an
Pendidikan : Ijazah dan Master dalam Bahasa dan Linguistik (pengkhususan Bahasa Melayu)

Pengalaman:
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya bermula sebagai guru ganti di banyak buah sekolah terutama di Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan dari tahun 2005 hingga 2009. Kemudian saya menjadi tutor di UPM selama 3 tahun sementara saya habis Master. Tahun berikutnya saya pulang ke Kelantan untuk dekat dengan mak dan ayah saya. Saya menjadi guru tuisyen hingga sekarang.

Antara teknik pengajaran saya agar pelajar mudah memahami pelajaran ialah dengan cara menyediakan nota dalam bentuk peta minda. Peta minda tersebut mengikut tema/tajuk. Saya juga akan memberikan penerangan melalui peta minda tersebut di samping menghuraikan secara rinci setiap subtajuk. Selepas pengajaran, saya akan membantu pelajar membuat latihan mengikut subtajuk. Setiap kali membuat latihan dalam kelas, sekiranya pelajar dapat markah tertinggi/skor saya akan memberikan pujian dan galakan. Kadangkala saya memberi hadiah kecil sebagai galakan kepada mereka. Apabila hampir peperiksaan, saya akan membuat ulangkaji kertas peperiksaan tahun-tahun lepas dan saya akan beri motivasi untuk menaikkan semangat pelajar agar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Saya pernah mengajar pelajar tingkatan 6 rendah dan 6 atas di sebuah sekolah swasta di Bachok. Subjek yang saya ajar ialah Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dan Sejarah. Alhamdulilah, pada hari keputusan STPM diumumkan ramai pelajar tingkatan 6 Atas yang telah memperoleh markah A dalam subjek Bahasa Melayu, Kesusteraan Melayu dan sejarah yang seterusnya melayakkan mereka memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Sekiranya puan dan tuan berminat untuk jadikan saya sebagai guru anak-anak puan/ tuan, boleh la whatsapp atau berhubung dengan saya di talian 01157676867 (Cikgu Siti)
 
Home Tuition Malaysia - Malaysia Tuition Guide
Copyright ©2002-2020. All rights reserved